LAWATAN SAMBIL BELAJAR

TARIKH : 5-6hb DISEMBER 2018
HARI : RABU & KHAMIS
TEMPAT : WARISAN PENYABUNG RESORT ENDAU ROMPIN
LOT 500 JP 58/4, JALAN KG BARU, PENYABONG,
86900 ENDAU, JOHOR
ANJURAN: PENGURUSAN SEKOLAH TAHFIZ AL-QURAN AL-ANSAR
PENYABUNG WARISAN RESORT ENDAU ROMPIN

Tentatif Program Dan Jadual Perjalanan:

5/12/2018 Rabu
7:00 pagi Berkumpul ( bagi yang menaiki bas shj. Yang menaiki kenderaan sendiri,masa bebas)
7:30 pagi Bertolak dari Sekolah Tahfiz Al Quran Al Ansar Permas Jaya ke Maahad Al Khairiah Mersing
10:30 pagi – 12:30 tghri Dijangka tiba di Maahad Tahfiz Al Khairiah Mersing (Lawatan sekolah & memeriahkan Majlis Ihtifal Ilmi Peringkat Negeri)
12:30 tghri Bertolak ke Penyabung Warisan Resort Endau, Mersing .
1:00 tghri Check-in & makan tengahari
2:00 ptg – 6:00 ptg Aktiviti Bebas – Berkayak, mandi kolam,berbasikal dan sebagainya
6:00 ptg – 10:00 mlm Bacaan Tahlil Perdana, Makan Malam (BBQ),Penyampaian Hadiah Akhir Tahun Pelajar  Tahfiz & Acara Cabutan Bertuah
10:00 mlm Majlis bersurai
6/12/2018 Khamis
7:30 pagi Sarapan
8:00 pagi -12:00 tghri Tracking ke Penyabung ( pelajar diwajibkan, peserta lain dialu-alukan)
12:00 tghri-1:00 ptg Makan tengahari & Persiapan balik (Check-out)
2:00 Ptg Bertolak balik ke Permas Jaya
5:30 Ptg Dijangka tiba ke Sekolah Tahfiz Al Quran Al Ansar Permas Jaya  Permas Jaya

PELAJAR CEMERLANG 2018

Pencapaian Khas, Muhammad Syahmi Izlan bin Mohd Sazeli – Wakil Acara Berzanji Ihtifal Ilmi Peringkat Negeri Mewakili Daerah Johor Bahru di Mersing 4-5hb Disember 2018
Muhammad Haziq Arif bin Sabree – Tempat Pertama, Kelas A
Muhammad Muhaimin bin Marzuki – Tempat Kedua Kelas A
Muhammad Danish Ikram bin Razali – Tempat Ketiga Kelas A
Muhammad Ammar Amzar bin Osmera – Tempat Pertama Kelas B
Dinie Muhammad Fitriee bin Mohammad Faizal – Tempat Kedua Kelas B
Muhammad Amirul Faqih bin Mohammad Nazri – Tempat Ketiga Kelas B

SIJIL PENCAPAIAN DAN PENGHARGAAN

HADIAH PENCAPAIAN PELAJAR & CABUTAN BERTUAH

FOTO KENANGAN PELAJAR BERSAMA AHLI LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH YANG MENJAYAKAN AKTIVITI LAWATAN KE PENYABUNG WARISAN RESORT BAGI TAHUN 2018

Program Bakti Kasih Kkbp “ Lawatan Sambil Beramal” Pelajar & Tenaga Pengajar Kolej Komuniti Bandar Penawar

Tarikh: 22/07/2018
Masa: 8:30am – 12:30pm
Tempat: SEKOLAH TAHFIZ AL-QURAN AL-ANSAR

Program Bakti Kasih ini merupakan program lawatan sambil beramal yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Bandar Penawar.  Program ini yang disertai oleh Pengarah Kolej Encik Tahir bin Leemat , 9 orang pensyarah dan 63 orang pelajar.  Ia diketuai oleh Encik Mohamed Fauzee bin Ishak seorang daripada pensyarah di Kolej Komuniti Bandar Penawar.

Antara aktiviti yang dijalankan:

  1. Membina dan membaik-pulih ampai baju untuk pelajar
  2. Mengecat Gril Pagar Sekolah – pintu laluan Utama & Kedua
  3. Membuat pembersihan di dalam dan di luar kawasan sekolah seperti mencuci tandas, mop

lantai, vacumm carpet di  ruang belajar dan solat, mengelap tangkap dan pintu sliding,

menyapu sampah-sarap di luar kawasan sekolah.

  1. Membasuh dan membersihkan kipas angin
  2. Membasuh van sekolah dan van jenazah

Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Mudir Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Ansar Permas Jaya, Ustaz Hj Mohd Fauzi bin Arshad dan Pengarah Kolej Komuiti Bandar Penawar Encik Tahir bin Leemat .Penyapaian sijil penyertaan turut diberikan kepada wakil ketua pelajar yang menyertai program ini.

16

15

14

13

12

11

9

8

7

6

5

4

3

2

1

Program Pembangunan Islam

Tarikh: 12/07/2018
Masa: 8:45am – 10:00am
Penceramah: USTAZ MOHD AZLAN BIN HAJI ALIAS (Guru Besar Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafiz Kulai)
Tajuk: “ KEPIMPINAN CEMERLANG UMMAH GEMILANG”

Majlis dianjurkan oleh Institut Integriti Kepimpinan Dan Latihan Semangat Dato’Onn (IKLAS).  Program Pembangunan Insan ini diadakan untuk membudayakan bacaan Al-Quran serta perkongsian ilmu dalam kalangan belia.  IKLAS menjemput pelajar STAQAA untuk turut serta bersama-sama memeriahkan program tersebut.

z

x

v

c

aaa

Majlis Hari Terbuka – Sesi Dialog Ibubapa Bersama Ustaz Dan Mudir

Tarikh: 1/07/2018
Masa: 8:00am – 12:00pm
Tempat: SEKOLAH TAHFIZ AL-QURAN AL-ANSAR

Majlis  dimulai pada pukul 8:00 pagi. Tujuan  diadakan adalah untuk memberitahu  ibubapa prestasi pencapaian hafazan pelajar. Keputusan pencapaian setengah tahun pelajar seperti  lampiran di bawah. Masalah disiplin pelajar turut diperbincangkan kerana kebelakangan ini masalah salah-laku disiplin pelajar agak meningkat.  Antara kesalahan pelajar  yang dilakukan iaitu merokok di kawasan sekolah, membawa telefon mudah-alih ke sekolah tanpa kebenaran, memuat-turun dan melayari applikasi web yang tidak sepatutnya seperti  web lucah dan keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran.  Semoga pertemuan dan perbincangan  bersama ibubapa ini dapat membantu  memperbaiki prestasi pelajaran dan disiplin pelajar pada masa akan datang.

Majlis Penyampaian Sijil Imam & Bilal Solat Terawih Ramadhan 1439h Dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Ibubapa

Tarikh: 10/06/2018
Masa: 6pm
Tempat: SEKOLAH TAHFIZ AL-QURAN AL-ANSAR    
Tetamu Kehormat: YB DATUK CHE ZAKARIA BIN MOHD  SALLEH (WAKIL RAKYAT DUN PERMAS JAYA)

Majlis diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya menjalani latihan menjadi Imam & Bilal Solat Terawih di bulan Ramadhan 1439H.  Selain itu juga diadakan majlis berbuka puasa bersama ibubapa pelajar Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Ansar. Majlis diakhiri dengan solat Terawih bersama-sama di dewan solat Surau Al-Ansar.

Ceramah Di Ambang Ramadhan, Thalil Perdana & Perlancaran Tabung Ramadhan

Tarikh: 10/05/2018
Masa: Selepas solat Isyak
Tempat: SURAU AL-ANSAR PERMAS JAYA
Penceramah: DR. HAJI HIDRIS BIN SHAHRI
Tajuk: “RAMADHAN PERTAMA & RAMADHAN TERAKHIR”

Majlis bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Majlis dianjurkan oleh Pengurusan Surau Al- Ansar Permas Jaya.  Ceramah disampaikan oleh penceramah  undangan  Ustaz Dr. Haji Hidris bin Shahri bertugas di Jabatn Pendidikan Islam Negeri Johor sebgai Penolong Pengarah Seksyen Kokukrikulum Bahagia Pemdidikan Islam.

5

4

3

2

1

Majlis Israk & Mikraj

Tarikh: 14/04/2018
Masa: Selepas solat Isyak
Tempat: MASJID BANDAR PERMAS JAYA
Penceramah: USTAZ MUHAMMAD ASRAF BIN MOHD RIDZUAN (IMAM MUDA ASRAF)
Tajuk: “KEAGUNGAN SOLAT”

Ceramah bersempena majlis sambutan Israk & Mikraj. Majlis dianjurkan oleh Masjid Bandar Permas Jaya.  Ceramah disampaikan oleh penceramah  undangan  Ustaz Muhammad Asraf bin Mohd  Ridzuan.  Juga dikenali sebagai Iman Muda Asraf.   Turut diadakan majlis doa selamat bersempena pembukaan butik muslim milik Imam Muda Asraf yang bertempat di Plaza Angsana Johor Bahru.

Imam Muda Asraf  menceritakan kembali peristiwa-peristiwa ajaib sewaktu Israk & Mikraj sepertimana yang telah diriwayatkan oleh para Ulama sebelum ini.  Sebagaimana  yang kita ketahui bahawa  Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad ﷺ dari Mekkah ke Madinah.  Peristiwa Israk dan Mikraj ini, adalah kisah perjalanan Rasulullah ﷺ bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa:

  1. Israk iaitu perjalanan Nabi Muhammad ﷺ menaiki binatang bernama “Buraq” dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
  2. Mikraj pula  ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Nabi Muhammadﷺ ini telah diabadikan oleh Allah سبحانه وتعالى di dalam Al-Quran.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda  ﷺ.  Salah satu daripada peristiwa ajaib itu,  iaitu Nabi Muhammad ﷺ dapat menyaksikan Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah ﷺ: “Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”

Walaupun kita mengerjakan solat penuh 5 waktu, tetapi sengaja melambat-lambatkan untuk mengerjakannya sehingga hampir penghujung waktu juga akan diberi hukuman dan balasan di Akhirat nanti.  Apatah lagi jika kita  sengaja meninggalkan solat itu.  Maka, fikir-fikirkannya.

weqeq

ewew

aaa

21313221

312312

3123

313

Motivasi pelajar

Tarikh:  17/03/2018
Masa: 9:00am – 12:00pm
Tempat: DEWAN SOLAT SEKOLAH TAHFIZ AL-QURAN AL-ANSAR, BANDAR  PERMAS JAYA

Motivasi Pelajar ini adalah anjuran Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Ansar Bandar Permas Jaya.  Tujuan motivasi ini diadakan adalah untuk membuka minda dan meningkatkan prestasi pelajar dalam menjalani pengajian di STAQAA.  Penceramah jemptan Ustaz Mohd Nasir bin Ali.  Beliau bertugas sebagai seorang pendidik, berasal dari Kuala Terenganu.  Pernah berkhidmat di sebuah sekolah menengah di Bandar Permas Jaya ini beberapa tahun sebelum ini.

eqwe

eqqe

eqeqwe

213

111

11aa

4

3

2

2

Ceramah Agama

Tarikh: 03/03/2018
Masa: Selepas solat Isyak
Tempat: MASJID BANDAR PERMAS JAYA
Penceramah: USTAZ AHMAD DASUKI BIN ABD RANI
Tajuk: “PERANAN ANAK YANG SOLEH”

Ceramah agama ini adalah anjuran Masjid Bandar Permas Jaya.  Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, jamuan makan dan solat Isyak berjemaah. Ceramah agama disampaikan oleh penceramah undangan, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani seorang penceramah bebas dari Shah Alam.  Lulusan Universiti Al-Azhar (Syariah & Undang-Undang).  Beliau  adalah pengasas Maahad Tahfiz An Nabawi (Selangor, Pahang,Kedah & Kelantan) .Juga dikenali sebagai  MANTAN CENTRE, Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA).

Tajuk yang disampaikan iaitu “ Peranan Anak Yang Soleh”.  Untuk mendapat anak yang soleh dan solehah, maka berdoalah mohon pada Allah selalu, walaupun ketika itu masih belum lagi berkeluarga.  Dalam hadith menerangkaqn apabila telah meninggalnya seseorang manusia, tiadalah apa-apa yang dapat menolongnya kecuali 3 perkara iaitu:

(1) Sedekah Jariah yang diberikan semasa hidupnya,
(2) Ilmu yang bermanfaat & baik yang diajarkan kepada orang semasa hidupnya.
(3) Doa anak yang soleh terhadap ibubapanya yan ditinggalkannya.

Saidina Umar pernah ditanya oleh seorang pemuda apakah tanggungjawab bapa untuk mendapat anak yang soleh, lalu beliau berkata,

(1) Hendaklah memilih pasangan hidup daripada orang/keturunan yang baik-baik,
(2) Jika mendapat anak, berilah nama anak dengan maksud/nama yang baik-baik
(3) Apabila anak itu membesar berilah didikan awal dengan Al-Quran dan Hadith Rasullullah seawal
usia 2 tahun 8 bulan,
(4) Ketika anak telah besar dan aqil baligh harus diberitahu siapa bakal menantu yang akan dikahwini
oleh anak itu.

31231312312

3123123

312323

11111

1312

1

Majlis Sambutan Maulidurrasul 1439h 3

Tarikh: 24/2/2018
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: GELANGGANG FUTSAL PERMAS UTAMA
Penceramah: USTAZAH  HAJAH  NAWIYAH  BINTI  ABU
Tajuk: “PERMATA HATI”

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1439H dianjurkan oleh Kelas Fardhu Ain & Kelas Iqra’  Permas Utama.   Penceramah undangan iaitu  Ustazah Hajah Nawiyah binti Abu. Lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Sekolah Maahad Johor.Mendapat tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor sebagai pendakwah bebas.  Beliau juga adalah pengasas Tahsin Tilawah Bestari, Pengajian Al-Quran dan Asas Tilawah Al-Quran di Bandar Baru Bangi Selangor.   Ceramah yang disampaikan bertajuk “Permata Hati”.

12

4

3

2

1