Ceramah Agama

Tarikh: 03/03/2018
Masa: Selepas solat Isyak
Tempat: MASJID BANDAR PERMAS JAYA
Penceramah: USTAZ AHMAD DASUKI BIN ABD RANI
Tajuk: “PERANAN ANAK YANG SOLEH”

Ceramah agama ini adalah anjuran Masjid Bandar Permas Jaya.  Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, jamuan makan dan solat Isyak berjemaah. Ceramah agama disampaikan oleh penceramah undangan, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani seorang penceramah bebas dari Shah Alam.  Lulusan Universiti Al-Azhar (Syariah & Undang-Undang).  Beliau  adalah pengasas Maahad Tahfiz An Nabawi (Selangor, Pahang,Kedah & Kelantan) .Juga dikenali sebagai  MANTAN CENTRE, Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA).

Tajuk yang disampaikan iaitu “ Peranan Anak Yang Soleh”.  Untuk mendapat anak yang soleh dan solehah, maka berdoalah mohon pada Allah selalu, walaupun ketika itu masih belum lagi berkeluarga.  Dalam hadith menerangkaqn apabila telah meninggalnya seseorang manusia, tiadalah apa-apa yang dapat menolongnya kecuali 3 perkara iaitu:

(1) Sedekah Jariah yang diberikan semasa hidupnya,
(2) Ilmu yang bermanfaat & baik yang diajarkan kepada orang semasa hidupnya.
(3) Doa anak yang soleh terhadap ibubapanya yan ditinggalkannya.

Saidina Umar pernah ditanya oleh seorang pemuda apakah tanggungjawab bapa untuk mendapat anak yang soleh, lalu beliau berkata,

(1) Hendaklah memilih pasangan hidup daripada orang/keturunan yang baik-baik,
(2) Jika mendapat anak, berilah nama anak dengan maksud/nama yang baik-baik
(3) Apabila anak itu membesar berilah didikan awal dengan Al-Quran dan Hadith Rasullullah seawal
usia 2 tahun 8 bulan,
(4) Ketika anak telah besar dan aqil baligh harus diberitahu siapa bakal menantu yang akan dikahwini
oleh anak itu.

31231312312

3123123

312323

11111

1312

1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *