Majlis Israk & Mikraj

Tarikh: 14/04/2018
Masa: Selepas solat Isyak
Tempat: MASJID BANDAR PERMAS JAYA
Penceramah: USTAZ MUHAMMAD ASRAF BIN MOHD RIDZUAN (IMAM MUDA ASRAF)
Tajuk: “KEAGUNGAN SOLAT”

Ceramah bersempena majlis sambutan Israk & Mikraj. Majlis dianjurkan oleh Masjid Bandar Permas Jaya.  Ceramah disampaikan oleh penceramah  undangan  Ustaz Muhammad Asraf bin Mohd  Ridzuan.  Juga dikenali sebagai Iman Muda Asraf.   Turut diadakan majlis doa selamat bersempena pembukaan butik muslim milik Imam Muda Asraf yang bertempat di Plaza Angsana Johor Bahru.

Imam Muda Asraf  menceritakan kembali peristiwa-peristiwa ajaib sewaktu Israk & Mikraj sepertimana yang telah diriwayatkan oleh para Ulama sebelum ini.  Sebagaimana  yang kita ketahui bahawa  Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad ﷺ dari Mekkah ke Madinah.  Peristiwa Israk dan Mikraj ini, adalah kisah perjalanan Rasulullah ﷺ bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa:

  1. Israk iaitu perjalanan Nabi Muhammad ﷺ menaiki binatang bernama “Buraq” dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
  2. Mikraj pula  ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Nabi Muhammadﷺ ini telah diabadikan oleh Allah سبحانه وتعالى di dalam Al-Quran.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda  ﷺ.  Salah satu daripada peristiwa ajaib itu,  iaitu Nabi Muhammad ﷺ dapat menyaksikan Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah ﷺ: “Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”

Walaupun kita mengerjakan solat penuh 5 waktu, tetapi sengaja melambat-lambatkan untuk mengerjakannya sehingga hampir penghujung waktu juga akan diberi hukuman dan balasan di Akhirat nanti.  Apatah lagi jika kita  sengaja meninggalkan solat itu.  Maka, fikir-fikirkannya.

weqeq

ewew

aaa

21313221

312312

3123

313

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *