Peraturan Mengajar

PENDEKATAN

Kaedah dan teknik sangat penting dalam menyampaikan sesuatu kemahiran kepada pelajar, supaya hasil yang maksimum dapat dicapai dengan kualiti yang tinggi.

Terdapat beberapa kaedah yang dijalankan di STAA untuk membantu pelajar menguasai hafazan dengan baik dan selari dengan sukatan yang ditetapkan.

  1. KAEDAH MEMBACA KUMPULAN

Melalui kaedah ini murid di bahagi kepada 2 kumpulan mengikut tenaga pengajar berasakan sukatan hafazan dan pencapaian mereka.

Teknik Talaqi dan musyfahah menjadi teras dalam kaedah ini.

Cadangan Aktiviti :

  • Guru mendengarkan bacaan kepada pelajar
  • Guru menerangkan Hukum Tajwid yang terdapat dalam surah tersebut secara tersusun
  • Pelajar mengikut dan mengulangi 20 kali pada surah atau mukasurat yang ditetapkan

Contoh : Tahun 1

Minggu 1 / Juz 30 / Surah : An-Naba

Minggu 2 / Juz 30 / Surah : An-Nazi’at

Minggu 3 / Juz 30 / Surah : Abasa

Cadangan Masa Aktiviti : 1 Jam

2. KAEDAH PASANGAN (PEER TEACHING)

Kaedah ini adalah perkembangan pembelajaran hafazan yang ke dua. Pelajar akan berlatih tubi meneruskan hafazan surah atau mukasurat yang telah ditetapkan oleh guru mengikut sukatan pada langkah 1 di atas secara berpasangan sebagai motivasi dan mengelakkan rasa jemu.

Mendengar dan menyemak bacaan rakan juga dapat membantu hafazan pelajar disamping menjadi sokongan kawalan guru. Walaubagaimanapun pelajar boleh juga membuat latihan tubi ini secara individu.

3. KAEDAH MENULIS

Peringkat ke tiga dalam perkembangan P&P hafazan STAA adalah penilaian pencapaian murid.

Setelah guru mentasmiq bacaan murid, murid akan diberi latihan menulis seperti menyambung ayat,membaris atau mengisi perkataan untuk bukti bertulis pencapaian.

Guru perlu mengesahkan hafazan murid melalui kad rekod hafazan STAA, memperdengarkan bacaan kaset/ video digalakkan untuk pengajaran taranum secara murattal berkumpulan pada akhir pembelajaran.

Cadangan Masa : 1 Jam

Semoga dengan panduan ini dapat membantu guru membuat rekod pengajaran dan aktiviti yang bertetapan dengan sukatan, sebagai usaha melahirkan al-Hafiz yang berkualiti dan membangun STAA sebagai Institusi yang cemerlang dan berintegriti.